PERLIS punya dua misi penting apabila melayan kunjungan pendahulu Liga Super, Selangor di Stadium Utama Negeri, Kangar, Sabtu ini.
Pertama, skuad Singa Utara mahu merampas kembali takhta pendahulu yang hanya tiga hari diduduki mereka, selain sedar pertemuan itu adalah titik penting penentuan kejuaraan ketika hanya berbaki enam perlawanan sebelum liga berakhir.
Jurulatih Perlis, Irfan Bakti Abu Salim berkata, kejayaan Selangor merampas kembali posisi pendahulu hanya menaikkan semangat pemainnya yang mahu membuktikan mereka lebih berhak untuk berada di puncak carta.
"Lagi pun, kami mempunyai kelebihan kerana turun beraksi di gelanggang sendiri," katanya.
Perlis merampas kedudukan sebagai pendahulu dengan mengumpul 45 mata selepas menewaskan Pulau Pinang 3-0 di Kangar, Sabtu lalu selepas Selangor hanya seri 1-1 dengan Negeri Sembilan di Paroi, untuk mengumpul 44 mata.
Namun, skuad bimbingan K Devan kembali merampas kedudukan takhta Liga Super selepas menewaskan Johor FC 4-1 di Stadium Shah Alam, kelmarin.
"Bagi saya perlawanan itu bukan saja bakal menentukan pasukan yang akan kembali merampas kedudukan pendahulu, malah mampu memberi gambaran siapa yang berhak bergelar juara pada akhir musim."
Begitupun, Irfan Bakti tetap yakin dengan keupayaan anak buahnya untuk menamatkan penguasaan skuad lawan itu, Sabtu ini.
"Jika mengambil kira persembahan, semangat dan kesungguhan yang dipamerkan pemain saya, saya dapati Perlis memiliki beberapa kelebihan berbanding lawan itu.
"Antaranya, memiliki penjaga gawang yang kental, Mohd Farizal Marlias dan barisan pertahanan diketuai Mohd Fauzi Nan yang cemerlang apabila muncul pasukan paling sedikit dibolosi iaitu 15 kali berbanding lawan 17 gol selepas 20 perlawanan Liga Super," katanya.
Kredit kepada: Kamudin Baharom
Kategori
- Berita (31)
- Jadual Perlawanan (16)
- Kedudukan (21)
- Keputusan Perlawanan (17)
- Liga Perdana (26)
- Liga Super (24)
- Piala Malaysia (5)
Arkib Blog
-
▼
2009
(86)
-
▼
June
(20)
- LIGA SUPER - Kedudukan Semasa
- LIGA PERDANA - Kedudukan Semasa
- LIGA SUPER - Keputusan Perlawanan 30-06-2009
- LIGA PERDANA - Keputusan Perlawanan 29-06-2009
- BERITA - Irfan kesal penggempur hambar
- BERITA - Amaran gugur pemain tidak komited
- LIGA SUPER - Jadual Perlawanan 30-06-2009
- LIGA PERDANA - Jadual Perlawanan 29-06-2009
- LIGA SUPER - Kedudukan Semasa
- LIGA PERDANA - Kedudukan Semasa
- LIGA SUPER - Keputusan Perlawanan 27-06-2009
- LIGA PERDANA - Keputusan Perlawanan 26-06-2009
- BERITA - Hardi: Pertemuan hidup mati Selangor, Perlis
- BERITA - Negeri Sembilan terdesak
- BERITA - Misi Perlis hadapi Selangor
- BERITA - UPB-MyTeam tarik diri?
- LIGA SUPER - Jadual Perlawanan 27-06-2009
- LIGA PERDANA - Jadual Perlawanan 26-06-2009
- LIGA SUPER - Kedudukan Semasa
- LIGA PERDANA - Kedudukan Semasa
-
▼
June
(20)
Thursday, June 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment