Tuesday, June 30, 2009

LIGA SUPER - Kedudukan Semasa

LIGA PERDANA - Kedudukan Semasa

LIGA SUPER - Keputusan Perlawanan 30-06-2009

Perak 0 - 3 Johor FC
Negeri Sembilan 0 - 4 Perlis
Selangor FC 1 - 0 Kuala Lumpur Plus
Kedah 1 - 0 UPB My Team
Pulau Pinang 1 - 0 Kuala Muda
Pahang 3 - 1 PDRM
Terengganu 2 - 0 Kelantan FC

LIGA PERDANA - Keputusan Perlawanan 29-06-2009

Selangor PKNS 0 - 1 Johor Pasir Gudang
PBDKT T-Team FC 7 - 0 Sarawak
Melaka FC 0 - 3 Kuala Lumpur
Felda United 3 - 2 Sabah
Shahzan Muda 0 - 1 Harimau Muda
ATM 0 - 0 Proton FC

Monday, June 29, 2009

BERITA - Irfan kesal penggempur hambar

KEGAGALAN jentera penggempur membolosi gawang lawan jelas mengecewakan Irfan Bakti Abu Salim yang mengharapkan kemenangan ke atas Selangor untuk merampas posisi pendahulu Liga Super, sekali gus mengukuhkan peluang menjuarai liga musim ini.

Bagi pengendali skuad Singa Utara itu, aksi penyerang Ahmad Fakri Sharaani dan penggantinya, Mohd Firdaus Faudzi kurang memuaskan ketika penggempur utama, Mohd Nizaruddin Yusof dikawal ketat barisan Selangor untuk menyaksikan keputusan berakhir dengan 0-0.

"Nizaruddin tidak dapat dapat bergerak bebas kerana dikawal ketat, maka Ahmad Fakri dan Mohd Firdaus sepatutnya menggunakan peluang yang terhidang untuk meledakkan jaringan.

"Bagaimanapun, rembatan mereka tidak mampu menggugat gawang lawan. Mungkin mereka `gemuruh' kerana perlawanan itu turut disaksikan buat pertama kalinya lebih 10,000 penonton," katanya.

Irfan Bakti berkata, secara keseluruhannya Perlis memiliki tidak kurang 10 peluang untuk meledakan jaringan termasuk pada minit 30 menerusi Nizaruddin yang berjaya melakukan tandukan ke penjuru gawang tetapi dinafikan penjaga gawang, Mohd Hamsani Ahmad yang melayangkan diri menolak bola daripada menerjah jaringnya.

Beliau berkata, skuad pelawat yang sesekali mendapat peluang melakukan serangan namun turut gagal menemui penyudah berkesan.

Begitupun Irfan Bakti tidak mahu menyalahkan 100 peratus kepada pengempurnya tetapi mengakui ada beberapa tonggak lain gagal memberi sumbangan yang diharapkan.

"Beberapa pemain yang beraksi di posisi tengah dan pertahanan turut dilihat gagal memberikan persembahan bertenaga sebaliknya `menghadiahkan' peluang kepada Selangor untuk melakukan asakan yang hampir membawa padah," katanya yang bagaimanapun enggan menamakan pemain terbabit.

Berikutan keputusan itu, Selangor mengekalkan kedudukan selaku pendahulu liga dengan mengumpul 48 mata, dua mata mengatasi Perlis yang mengutip 46 mata di tangga kedua.

Kredit kepada: Kamudin Baharom

BERITA - Amaran gugur pemain tidak komited

PENGURUSAN skuad Negeri Sembilan tidak teragak-agak mengetepikan pemain yang tidak komited susulan kekalahan 3-0 kepada Johor FC dalam saingan Liga Super di Stadium JCorp, Pasir Gudang kelmarin, yang menyebabkan mereka turun ke tangga keenam carta.

Jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan, berkata pihaknya akan menemui semua pemain hari ini bagi mendapatkan gambaran daripada mereka dan mengenal pasti punca sebenar prestasi hambar yang ditunjukkan dalam empat perlawanan terakhir.

Menurutnya, terdapat beberapa pemain utama pasukan itu yang tidak memberikan persembahan 100 peratus hingga menyumbang kepada keputusan mengecewakan bukan saja dalam perlawanan kelmarin, malah pada tiga aksi terakhir ketika menentang Kedah, Selangor dan Perak.

"Saya dapat rasakan ada pemain utama yang tidak komited ketika beraksi, kemungkinan mereka menyembunyikan sesuatu daripada perhatian pengurusan dan jurulatih hingga menjejaskan kekuatan keseluruhan pasukan.

"Walaupun sebelum ini ada pemain yang menghadapi masalah menemui saya, saya yakin ada pemain lain yang tidak berbuat demikian dan nampak seolah-olah ada gangguan konsentrasi ketika berada di padang.

"Saya boleh terima jika kekalahan malam tadi (kelmarin) itu adalah kerana tentangan hebat lawan, hakikatnya ia berlaku kerana kesilapan mudah yang tidak sepatutnya dilakukan," katanya.

Pengendali berpengalaman itu berkata, dia kecewa dengan persembahan anak buahnya kelmarin dan berhasrat untuk memberikan kata dua kepada mereka yang berkenaan dalam pertemuan empat mata, demi memastikan prestasi pasukan tidak terus merudum.

"Pemain sepatutnya berterus terang dengan menyatakan sebarang masalah, kalau tidak boleh berikan 100 peratus...beritahulah, saya amat kecewa dengan persembahan yang mereka pamerkan tidak seperti sebelum ini.

"Mereka bukan baru dalam skuad ini apa lagi berjaya membantu pasukan muncul naib juara Liga Super musim lalu," katanya yang menegaskan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan drastik ke atas pemain terbabit.

Kredit kepada: Mohd Amin Jalil

LIGA SUPER - Jadual Perlawanan 30-06-2009

Perak - Johor FC
Negeri Sembilan - Perlis
Selangor FC - Kuala Lumpur Plus
Kedah - UPB My Team
Pulau Pinang - Kuala Muda
Pahang - PDRM
Terengganu - Kelantan FC

LIGA PERDANA - Jadual Perlawanan 29-06-2009

Selangor PKNS - Johor Pasir Gudang
PBDKT T-Team FC - Sarawak
Melaka FC - Kuala Lumpur
Felda United - Sabah
Shahzan Muda - Harimau Muda
ATM - Proton FC

Saturday, June 27, 2009

LIGA SUPER - Kedudukan Semasa

LIGA PERDANA - Kedudukan Semasa

LIGA SUPER - Keputusan Perlawanan 27-06-2009

Kuala Lumpur Plus 0 - 0 Kedah
Perlis 0 - 0 Selangor FC
Johor FC 3 - 0 Negeri Sembilan
PDRM 1 - 4 Terengganu
Kuala Muda 4 - 1 Pahang
UPB My Team 2 - 1 Pulau Pinang
Kelantan FC 4 - 0 Perak

LIGA PERDANA - Keputusan Perlawanan 26-06-2009

Sarawak 2 - 2 Melaka FC
Johor Pasir Gudang 0 - 1 PBDKT T-Team FC
Sinar Dimaja Mai Sarah 0 - 7 Proton FC
Sabah 1 - 0 Shahzan Muda
Kuala Lumpur 0 - 0 Felda United
Selangor PKNS 1 - 1 ATM

Friday, June 26, 2009

BERITA - Hardi: Pertemuan hidup mati Selangor, Perlis

PERTEMUAN getir Selangor dengan Perlis pada aksi Liga Super esok disifatkan pemain tengah skuad Merah Kuning, Hardi Jaafar sebagai perlawanan hidup-mati pasukan itu dalam menamatkan penantian kejuaraan liga selama sembilan tahun.

Bagi Hardi, keputusan perlawanan itu bakal menjadi penentu dalam hala tuju pasukannya yang kini menerajui liga dengan 47 mata, dua mata mengatasi Perlis.

Namun, bekas pemain Perak dan TMFC itu sedar Selangor tidak boleh terus mempamerkan aksi kurang meyakinkan dengan membiarkan lawan menguasai permainan seperti ketika pertemuan dengan Johor FC kelmarin.

"Kami menang 4-1 ke atas Johor FC hanya menerusi gerakkan serang balas, tetapi mereka yang lebih banyak menguasai perlawanan. Kami tidak boleh membiarkan ia berulang apabila berdepan Perlis.

"Perlis adalah lawan yang lebih sukar berbanding Johor FC kerana mereka juga adalah pencabar utama kami dalam liga."

Selepas membantu Selangor menjuarai Piala FA, April lalu, Hardi kini mempunyai impian tersendiri untuk memenangi kejuaraan liga pertama sepanjang kariernya dan berazam memberikan aksi terbaik dalam enam perlawanan terakhir Selangor dalam Liga Super bagi memastikan impian itu mampu dicapai.

"Ini adalah peluang terbaik kami untuk memenangi kejuaraan liga dan kami tidak harus mensia-siakan peluang ini serta mengecewakan peminat kami.

"Sudah pasti saya mahukan kejuaraan liga pertama dalam karier dan saya mahu memenanginya bersama Selangor musim ini kerana ia adalah misi peribadi saya dalam membatu pasukan ini untuk menamatkan kemarau kejuaraan liga selama sembilan tahun," katanya.

Kredit kepada: Mohd Fadzrie Hazis

BERITA - Negeri Sembilan terdesak

NEGERI Sembilan kian tertekan dalam misi memburu kejuaraan Liga Super musim ini selepas gagal mengutip mata penuh pada tiga perlawanan terakhir dan kini terpaksa pula berdepan Johor FC, di Stadium JCorp Pasir Gudang, malam esok, tanpa dua pemain utama.

Negeri Sembilan terpaksa menyandarkan harapan kepada pemain muda, Mohd Asyraf Al-Japri atau Mohd Firdaus Azizul untuk menerajui barisan depan berikutan ketiadaan ayam tambatan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, yang terpaksa direhatkan kerana kecederaan lutut.

Selain itu, skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan juga tidak dapat menggunakan khidmat pemain berpengalaman, Mohd Shukor Adan, kerana menjalani penggantungan.

Wan Jamak mengakui ketiadaan dua pemain utama itu terutama Mohd Zaquan Adha amat dirasai kerana pemain kebangsaan itu adalah sandaran utama pasukan, malah pemain kembar kepada Mohd Aidil Zafuan itu adalah satu-satunya penyerang utama pasukan setakat ini.

Menurutnya, walaupun ada pemain lain yang akan mengambilalih tugas, tugas berat itu tidak mampu mereka galas dengan baik.

"Saya terpaksa membuat rombakan kecil dalam kesebelasan utama menjelang pertemuan dengan Johor FC dengan menurunkan pemain terbaik di kalangan kelompok simpanan yang ada.

“Ini kerana kemenangan amat penting selepas kami gagal mengutip mata penuh malah tewas dalam dua daripada tiga perlawanan sebelum ini, sekali gus meletakkan pasukan pada posisi yang kurang memuaskan di tangga kelima.”

Kredit kepada: Mohd Amin Jalil

Thursday, June 25, 2009

BERITA - Misi Perlis hadapi Selangor

PERLIS punya dua misi penting apabila melayan kunjungan pendahulu Liga Super, Selangor di Stadium Utama Negeri, Kangar, Sabtu ini.

Pertama, skuad Singa Utara mahu merampas kembali takhta pendahulu yang hanya tiga hari diduduki mereka, selain sedar pertemuan itu adalah titik penting penentuan kejuaraan ketika hanya berbaki enam perlawanan sebelum liga berakhir.

Jurulatih Perlis, Irfan Bakti Abu Salim berkata, kejayaan Selangor merampas kembali posisi pendahulu hanya menaikkan semangat pemainnya yang mahu membuktikan mereka lebih berhak untuk berada di puncak carta.

"Lagi pun, kami mempunyai kelebihan kerana turun beraksi di gelanggang sendiri," katanya.

Perlis merampas kedudukan sebagai pendahulu dengan mengumpul 45 mata selepas menewaskan Pulau Pinang 3-0 di Kangar, Sabtu lalu selepas Selangor hanya seri 1-1 dengan Negeri Sembilan di Paroi, untuk mengumpul 44 mata.

Namun, skuad bimbingan K Devan kembali merampas kedudukan takhta Liga Super selepas menewaskan Johor FC 4-1 di Stadium Shah Alam, kelmarin.

"Bagi saya perlawanan itu bukan saja bakal menentukan pasukan yang akan kembali merampas kedudukan pendahulu, malah mampu memberi gambaran siapa yang berhak bergelar juara pada akhir musim."

Begitupun, Irfan Bakti tetap yakin dengan keupayaan anak buahnya untuk menamatkan penguasaan skuad lawan itu, Sabtu ini.

"Jika mengambil kira persembahan, semangat dan kesungguhan yang dipamerkan pemain saya, saya dapati Perlis memiliki beberapa kelebihan berbanding lawan itu.

"Antaranya, memiliki penjaga gawang yang kental, Mohd Farizal Marlias dan barisan pertahanan diketuai Mohd Fauzi Nan yang cemerlang apabila muncul pasukan paling sedikit dibolosi iaitu 15 kali berbanding lawan 17 gol selepas 20 perlawanan Liga Super," katanya.

Kredit kepada: Kamudin Baharom

BERITA - UPB-MyTeam tarik diri?

UPB-MyTeam hanya akan bertahan hingga penghujung musim ini gara-gara kecenderungan pengurusan kelab itu untuk memilih keputusan menarik diri daripada Liga Super tahun depan.

Pilihan itu kini serius dipertimbangkan selepas UPB-MyTeam mendapati kian sukar untuk menyanggupi tanggungjawab memikul beban kewangan buat membiayai cabaran pasukan.

Ianya menyusul selepas pengesahan bahawa jurulatih pasukan, Bojan Hodak, meletak jawatan baru-baru ini - dengan antara faktornya ialah untuk membantu meringankan beban kewangan pasukan.

Kemelut itu diakui sendiri presidennya, Khairy Jamaluddin, yang bagaimanapun masih mahu menaruh harapan betapa 'keadaan akan mampu berubah menjadi lebih baik.'

"Memang ada beberapa kemungkinan dipertimbangkan, termasuk terus menyertai Liga Super ataupun menarik diri.

"Apa yang pasti, kini kian sukar untuk memenuhi komitmen kewangan ekoran keadaan ekonomi semasa. Ketika ini, saya memang tidak tolak kemungkinan MyTeam akan menarik diri," katanya ketika dihubungi, semalam.

Perkhabaran itu menjelma hanya tiga hari selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim, turut membayangkan akan menarik diri daripada kempen Piala Malaysia ekoran masalah kewangan sama.

Namun andainya penarikan diri jadi jalan keluar terakhir, Khairy bagaimanapun menegaskan MyTeam tidak akan berkubur langsung.

"Kami mungkin akan kembali menumpukan perhatian kepada tujuan asal penubuhan MyTeam, iaitu untuk mencungkil bakat pemain muda secara meluas di seluruh negara," katanya.

UPB-MyTeam kini menduduki tangga ke-11 daripada 14 pasukan Liga Super, selepas hanya mencatat lapan kemenangan daripada 20 perlawanan yang sudah diharungi.

Kredit kepada: Ahmad Khawari Isa

LIGA SUPER - Jadual Perlawanan 27-06-2009

Kuala Lumpur Plus - Kedah
Perlis - Selangor FC
Johor FC - Negeri Sembilan
PDRM - Terengganu
Kuala Muda - Pahang
UPB My Team - Pulau Pinang
Kelantan FC - Perak

LIGA PERDANA - Jadual Perlawanan 26-06-2009

Sarawak - Melaka FC
Johor Pasir Gudang - PBDKT T-Team FC
Sinar Dimaja Mai Sarah - Proton FC
Sabah - Shahzan Muda
Kuala Lumpur - Felda United
Selangor PKNS - ATM

LIGA SUPER - Kedudukan Semasa

LIGA PERDANA - Kedudukan Semasa