Wednesday, July 29, 2009

LIGA SUPER - Jadual Perlawanan 01-08-2009

Perak - UPB My Team
Kuala Lumpur Plus - Kuala Muda
Perlis - PDRM
Johor FC - Kelantan FC
Negeri Sembilan - Terengganu
Kedah - Pulau Pinang

LIGA SUPER - Kedudukan Semasa

LIGA SUPER - Keputusan Perlawanan 28-07-2009

Terengganu 4 - 1 Pulau Pinang

Saturday, July 25, 2009

LIGA SUPER - Kedudukan Semasa

LIGA SUPER - Keputusan Perlawanan 25-07-2009

Selangor 5 - 1 Pahang

Wednesday, July 22, 2009

LIGA SUPER - Kedudukan Semasa

LIGA PERDANA - Kedudukan Semasa

LIGA SUPER - Keputusan Perlawanan 21-07-2009

Kelantan FC 0 - 1 Kedah
PDRM 1 - 6 Selangor FC
Kuala Muda 1 - 0 Negeri Sembilan
UPB My Team 0 - 5 Johor FC
Kuala Lumpur Plus 2 - 1 Perlis
Pahang 2 - 1 Perak

LIGA PERDANA - Keputusan Perlawanan 20-07-2009

Sarawak 1 - 1 Harimau Muda
Kuala Lumpur 2 - 0 Sabah
Johor Pasir Gudang 4 - 1 Sinar Dimaja Mai Sarah
Selangor PKNS 1 - 3 Proton FC
Melaka FC 0 - 2 Shahzan Muda
ATM 0 - 2 Felda United

Saturday, July 18, 2009

LIGA SUPER - Jadual Perlawanan 21-07-2009

Kelantan FC - Kedah
PDRM - Selangor FC
Kuala Muda - Negeri Sembilan
UPB My Team - Johor FC
Kuala Lumpur Plus - Perlis
Terengganu - Pulau Pinang
Pahang - Perak

LIGA PERDANA - Jadual Perlawanan 20-07-2009

Kuala Lumpur - Sabah
Sarawak - Harimau Muda
Johor Pasir Gudang - Sinar Dimaja Mai Sarah
Selangor PKNS - Proton FC
Melaka FC - Shahzan Muda
ATM - Felda United

LIGA SUPER - Kedudukan Semasa

LIGA PERDANA - Kedudukan Semasa

LIGA PERDANA - Keputusan Perlawanan 17-07-2009

Proton FC 1 - 2 PBDKT T-Team FC
Sinar Dimaja Mai Sarah 0 - 2 Selangor PKNS
Harimau Muda 2 - 1 Johor Pasir Gudang
Sabah 4 - 1 Sarawak
Shahzan Muda 1 - 2 Felda United
Kuala Lumpur 6 - 0 ATM

Wednesday, July 15, 2009

LIGA PERDANA - Jadual Perlawanan 17-07-2009

Proton FC - PBDKT T-Team FC
Sinar Dimaja Mai Sarah - Selangor PKNS
Harimau Muda - Johor Pasir Gudang
Sabah - Sarawak
Shahzan Muda - Felda United
Kuala Lumpur - ATM

Tuesday, July 14, 2009

BERITA - Bahang Liga Super semakin panas

Walaupun tumpuan peminat bola sepak tempatan terarah kepada kelab Liga Perdana England (EPL), Manchester United yang akan menentang Malaysia Sabtu ini tetapi debaran penentuan juara Liga Super semakin dirasai.

Ramai yang berpendapat Selangor akan muncul juara bagi edisi 2009 ini tetapi ada juga segelintir peminat terutamanya di utara Semenanjung mengharapkan keajaiban akan berlaku dalam baki dua perlawanan minggu depan.

Selepas mencatatkan kemenangan besar 4-1 ke atas KM Naza minggu lepas, Selangor semakin yakin untuk membawa pulang piala Liga Super ke Stadium Shah Alam semula selepas gagal berbuat demikian musim lalu yang memperlihatkan penguasaan Kedah secara total.

Lebih menggembirakan pasukan skuad Merah Kuning itu berjaya menjarakkan mata dengan pencabarnya selepas Perlis sekadar mencatat keputusan seri di Stadium Perak, menjadikan kedua-dua pasukan dibezakan dengan empat mata.

Baki dua lagi perlawanan ternyata memihak kepada Selangor apabila bertemu dengan dua pasukan terbawah liga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pahang, sukar untuk meramalkan mereka akan tewas dalam perlawanan ini.

Bagi skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim pula, mereka perlu mengharapkan keajaiban walaupun lawan mereka selepas ini adalah PDRM dan KL Plus, jika berjaya mencatat dua kemenangan sama seperti Selangor mereka tetap akan ketinggalan dengan empat mata.

Menurut jurulatih Selangor, K. Devan, rehat selama dua minggu ini amat bermakna buat pemainnya selepas berhempas-pulas dalam perlawanan sebelum ini untuk terus menjarakkan kedudukan dengan pasukan Perlis.

"Selepas ini kami tetap akan menggunakan pendekatan yang sama, tidak ada sebarang perubahan ketara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Jelasnya, matlamat utama Selangor ialah bukan memikirkan tentang kekuatan dan kelemahan dua pasukan terbawah yang bakal ditentang mereka, sebaliknya mempersiapkan diri mereka sendiri untuk mengutip mata penuh.

"Saya tidak mahu pemain memikirkan tentang pasukan lawan sebaliknya fikir tentang pasukan mereka sendiri dan capai sasaran untuk memungut tiga mata penuh," kata Devan

Mengikut rekod pertemuan sebelum ini pada pusingan pertama Selangor telah membenam PDRM 5-1 di tempat sendiri, manakala di Stadium Darulmakmur pula mereka berjaya mencatat kemenangan tipis 2-1.

Perlis pula dijangka sekali lagi mendapat tentangan sengit kali ini kepada pasukan yang sedang bangkit, KL Plus sebelum menentang PDRM di Stadium Utama.

Jika kedua-dua pasukan terikat dengan mengumpul mata yang sama, Selangor sekali lagi dilihat mempunyai kelebihan selepas memiliki jumlah jaringan yang besar berbanding Perlis.

Apa pun, kesemua persoalan dan spekulasi ini akan terjawab minggu depan dan mungkin perlawanan terakhir menjadi penentuan kepada siapa yang bakal menjadi juara Liga Super 2009.

Kredit kepada: Ferzalfie Fauzi

LIGA PERDANA - Kedudukan Semasa

LIGA PERDANA - Keputusan Perlawanan 13-07-2009

Sarawak 2 - 3 Kuala Lumpur
Johor Pasir Gudang 4 - 0 Sabah
Selangor PKNS 1 - 2 Harimau Muda
PBDKT T-Team FC 6 - 0 Sinar Dimaja Mai Sarah
Melaka FC 0 - 1 Proton FC
ATM 2 - 1 Shahzan Muda

Saturday, July 11, 2009

LIGA PERDANA - Jadual Perlawanan 13-07-2009

Sarawak - Kuala Lumpur
Johor Pasir Gudang - Sabah
Selangor PKNS - Harimau Muda
PBDKT T-Team FC - Sinar Dimaja Mai Sarah
Melaka FC - Proton FC
ATM - Shahzan Muda

LIGA SUPER - Kedudukan Semasa

LIGA PERDANA - Kedudukan Semasa

LIGA PERDANA - Keputusan Perlawanan 10-07-2009

Sinar Dimaja Mai Sarah 0 - 0 Melaka FC
Harimau Muda 2 - 3 PBDKT T-Team FC
Sabah 1 - 1 Selangor PKNS
Kuala Lumpur 1 - 0 Johor Pasir Gudang
Proton FC 4 - 0 Felda United
Sarawak 1 - 2 ATM

Thursday, July 9, 2009

LIGA PERDANA - Jadual Perlawanan 10-07-2009

Sinar Dimaja Mai Sarah - Melaka FC
Harimau Muda - PBDKT T-Team FC
Sabah - Selangor PKNS
Kuala Lumpur - Johor Pasir Gudang
Proton FC - Felda United
Sarawak - ATM

BERITA - Benam Polis sah gelaran

BERITA gembira diterima dari Stadium Perak ketika pencabar terdekat, Perlis terikat 1-1 dengan Perak malam kelmarin, pasti melebarkan senyuman jurulatih Selangor, K Devan tatkala impian merangkul kejuaraan Liga Super semakin menjadi kenyataan.

Beraksi cemerlang sejak mencatat rekod tanpa kalah kepada sembilan perlawanan, skuad Gergasi Merah hanya menunggu kemenangan ke atas Polis, Selasa ini untuk membolehkan mereka meraikan kejayaan buat julung kalinya.

Akan tetapi, selagi keputusan menentang Polis belum diketahui, debaran Devan belum berakhir dan kemenangan adalah satu-satunya peluang terbaik jika seri, Selangor terpaksa menunggu perlawanan terakhir menentang menentang Pahang di laman sendiri hujung bulan ini.

Seperti mana kata Devan, kemenangan adalah jalan terbaik membolehkan anak buahnya meraikan kejayaan dan seandainya ia menjadi kenyataan, maka tiga trofi sah menjadi milik Selangor musim ini.

“Untuk muncul juara liga, kita perlu meneruskan rentak kemenangan dan tidak boleh bergantung kepada keputusan mana-mana pasukan lain. Jalan selamat kita perlu menang,” katanya.

Selangor menjadi antara pasukan terbanyak meraih gelaran apabila menjuarai Liga Divisyen 1/ Liga Premier 1 pada 1989, 1990 dan 2003.

Gergasi Merah Kuning itu turut menjuarai Liga Divisyen 2/ Liga Premier 2 1993 dan kali terakhir ialah pada 2005, ketika itu skuad ini di bawah kendalian Dollah Salleh yang kini ditugaskan mengendali Pahang.

Selangor hampir mengulangi kejayaan 2005 apabila dua piala - Piala Sumbangsih dan Piala FA menjadi milik mereka. Mereka mengetepikan Kedah pada aksi Piala Sumbangsih dan Kelantan, Piala FA.

Kemenangan 4-1 ke atas Kuala Muda Naza adalah titik permulaan kepada usaha merampas gelaran itu daripada penyandang, Kedah yang kini ketinggalan 12 mata di tangga ketiga.

Prestasi Kedah musim ini tidak seperti dijangkakan selepas ketiadaan pemain import apabila skuad bimbingan Azraai Khor Abdullah membuka tirai Liga M dengan tiga kekalahan berturut-turut.

Kredit kepada: Alias Abd Rani

Tuesday, July 7, 2009

BERITA - UPB-MyTeam tak boleh tarik diri

Pasukan UPB-MyTeam, yang kini berhadapan dengan masalah kewangan, tidak dibenarkan menarik diri daripada saingan Piala Malaysia yang akan berlangsung September ini dan bakal berhadapan dengan tindakan sekiranya meneruskan hasrat tersebut.

Permohonan UPB-MyTeam untuk menarik diri ditolak dalam mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) yang berlangsung semalam.

Pengerusi JKPT, Datuk Che Mat Jusoh berkata, mesyuarat itu memutuskan bahawa pasukan berstatus kelab itu perlu meneruskan saingan di dalam Piala Malaysia.

"Sekiranya ia gagal dipatuhi, pemain dan pegawai boleh dikenakan denda dan tindakan gantung selain boleh menyebabkan pasukan UPB-MyTeam terpaksa bermula dari bawah di dalam saingan Piala FAM sekiranya ingin kembali bermain di dalam Liga Malaysia," katanya yang juga Naib Presiden FAM, kepada pemberita di Wisma FAM di sini semalam.

Che Mat berkata, FAM seboleh-bolehnya tidak mahu hukuman dikenakan kepada pasukan yang bertanding di dalam Liga Malaysia.

"Jadi kita minta UPB-MyTeam memikirkan kembali hasrat mereka itu kerana Liga Super hanya mempunyai baki tiga perlawanan sahaja lagi manakala Piala Malaysia akan melibatkan sekurang-kurangnya enam perlawanan sahaja di peringkat kumpulan," katanya.

UPB-MyTeam, pasukan yang diilhamkan daripada program realiti TV, telah menghantar permohonan rasmi kepada FAM untuk menarik diri daripada saingan Piala Malaysia bulan lepas selain turut melelong pemain-pemainnya berikutan masalah kewangan.

UPB-MyTeam kini berada di tangga ke-11 daripada 14 pasukan yang bertanding di dalam Liga Super dengan mengumpul 29 mata hasil daripada sembilan kemenangan dan dua keputusan seri, manakala 12 perlawanan lagi mereka tewas.

Che Mat berkata, sekiranya UPB-MyTeam kekal dengan keputusan mereka, FAM akan tetap menjalankan undian Piala Malaysia pada 15 Ogos ini dan akan memutuskan kemudian pasukan yang layak menggantikan kelab itu.

Mengulas titah Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah yang mahu Liga Malaysia dikaji semula, Che Mat berkata, satu sesi perbincangan akan diadakan pada 28 Julai ini membabitkan semua setiausaha persatuan negeri dan kelab yang bersaing di dalam Liga Super, Liga Perdana dan Piala FAM.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan format baru akan diperkenalkan pada saingan musim 2010 jika ia dapat menyelesaikan masalah yang membelenggu kebanyakan pasukan.

"Kini 50 peratus daripada pasukan-pasukan bertanding mempunyai masalah kewangan, jika format baru dapat menyelesaikan masalah itu atau sekurang-kurangnya mengurangkannya, kita akan lakukan," katanya.

LIGA SUPER - Kedudukan Semasa

LIGA PERDANA - Kedudukan Semasa

LIGA SUPER - Keputusan Perlawanan 07-07-2009

Perak 1 - 1 Perlis
Johor FC 1 - 1 Kuala Lumpur Plus
Negeri Sembilan 6 - 2 UPB My Team
Selangor FC 4 - 1 Kuala Muda
Kedah 7 - 2 PDRM
Pahang 1 - 2 Terengganu
Pulau Pinang 1 - 1 Kelantan FC

LIGA PERDANA - Keputusan Perlawanan 06-07-2009

Johor Pasir Gudang 4 - 1 Sarawak
Selangor PKNS 0 - 2 Kuala Lumpur
Melaka FC 0 - 2 Harimau Muda
Felda United 3 - 1 Sinar Dimaja Mai Sarah
Shahzan Muda 1 - 1 Proton FC

Sunday, July 5, 2009

LIGA SUPER - Jadual Perlawanan 07-07-2009

Perak - Perlis
Johor FC - Kuala Lumpur Plus
Negeri Sembilan - UPB My Team
Selangor FC - Kuala Muda
Kedah - PDRM
Pulau Pinang - Kelantan FC
Pahang - Terengganu

LIGA PERDANA - Jadual Perlawanan 06-07-2009

Johor Pasir Gudang - Sarawak
Selangor PKNS - Kuala Lumpur
PBDKT T-Team FC - Sabah
Melaka FC - Harimau Muda
Felda United - Sinar Dimaja Mai Sarah
Shahzan Muda - Proton FC

BERITA - KL Plus buru kedudukan terbaik dalam liga

Situasi yang dihadapi Negeri Sembilan iaitu tidak mampu menurunkan pemain kesebelasan utama berikutan masalah kecederaan pernah dirasai sendiri oleh KL Plus sebelum mencatat kemenangan besar 5-2 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, kelmarin.

Menurut jurulatihnya, Mat Zan Mat Aris keperitan tidak dapat menurunkan barisan terbaik akibat pemain utama cedera begitu azab untuk dilaluinya pada pusingan pertama Liga Super dan menjejaskan kedudukan mereka di dalam liga.

"Kini kami dapat membariskan pemain utama dan hasilnya dapat kita lihat dalam beberapa perlawanan sebelum ini serta cuba untuk memperbaiki kedudukan liga," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Jelasnya, kemenangan besar ke atas Negeri Sembilan itu dicatatkan atas hasil usaha keras pemain yang menyempurnakan setiap peluang yang terhidang dengan baik sekali.

"Kami mencipta peluang dengan baik dan menyudahkannya dengan sempurna, lebih menarik setiap pemain dari posisi yang berbeza kecuali penjaga gol dapat menjaringkan gol.

"Bagaimanapun ini tidak bermakna kami tidak akan dapat tentangan dari pihak lawan dalam tiga baki perlawanan liga, sebaliknya perlawanan selepas ini dijangka akan lebih sengit," katanya.

KL Plus akan bertemu Johor FC di tempat lawan esok, manakala perlawanan yang mendapat tumpuan sudah semestinya menentang Perlis di gelanggang sendiri yang mungkin akan menjadi penentu hala tuju pasukan dari utara itu, manakala perlawanan terakhir menyaksikan mereka bertemu KM Naza.

Kata Mat Zan, dalam tiga perlawanan terakhir ini dia mensasarkan untuk membolot tiga mata penuh baki menjamin kedudukan yang lebih baik di dalam liga.

"Kalau dapat berada di pertengahan liga ia sudah cukup baik buat kami dan kami akan mengharungi baki perlawanan selepas ini sebaik mungkin.

"Tidak kira menentang pasukan mana pun kami akan memberi tentangan sengit termasuk menentang Perlis, Sabtu ini," katanya.

Tambahnya, KL Plus juga harus memikirkan kedudukan mereka sendiri dari memberi simpati kepada pasukan lain.

BERITA - Irfan buntu sindrom tak selesa di tempat sendiri

SKUAD Perlis kini berdepan 'dilema' yang meresahkan jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim dalam misi memburu kejuaraan Liga Super yang hanya berbaki tiga perlawanan.

Menurutnya, kemenangan 1-0 ke atas Johor FC di Stadium Utama Negeri, Kangar, malam kelmarin jelas memberi gambaran betapa anak buahnya kian tidak selesa beraksi di gelanggang sendiri sejak kekalahan 2-0 kepada Terengganu di tempat sama, 23 Mei lalu.

"Sejak kekalahan pertama kepada Terengganu itu, saya lihat pemain seperti ada masalah, mungkin gelabah atau bimbang dengan kehadiran ramai penyokong tempatan.

"Sebaliknya, apa yang peliknya situasi seperti itu tidak pula berlaku apabila beraksi di gelanggang luar. Saya lihat mereka mampu bermain dengan baik dan cukup bersemangat dan ini terbukti dengan kemenangan yang dicapai dengan jaringan lebih besar," katanya.

Irfan Bakti berkata, sebagai contoh, situasi sedemikian turut dihadapi pasukan ketika menentang Selangor pada saingan Liga Super, 27 Jun lalu apabila seri 0-0 biarpun menguasai permainan.

Begitupun, tiga hari selepas itu, mereka menjinakkan Negeri Sembilan 4-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Namun, Irfan Bakti mampu bernafas lega kerana daripada tiga perlawanan terakhir mereka, hanya satu akan berlangsung di Kangar, itupun menentang pasukan corot, Polis pada perlawanan terakhir mereka, 25 Julai ini.

Dua lagi perlawanan adalah menentang Perak di Ipoh, esoki diikuti KL Plus di Stadium Cheras Kuala Lumpur pada 21 Julai.

Bagaimanapun, Irfan Bakti berkata, apa yang penting ketika ini adalah untuk pasukannya terus memastikan kemenangan agar dapat terus menyaingi pendahulu, Selangor yang kini mengutip 54 mata, dua mata mengatasi mereka.

"Bagi saya, kemenangan sama ada dengan jaringan tipis atau jaringan besar tidak lagi penting. Kami hanya mahukan tiga mata kerana sasaran memburu kejuaraan Liga Super musim ini hanya mampu menjadi kenyataan sekiranya pasukan terus berjaya mengutip mata pada baki semua perlawanan," katanya.

Kredit kepada: Kamudin Baharom

Saturday, July 4, 2009

LIGA SUPER - Kedudukan Semasa

LIGA PERDANA - Kedudukan Semasa

LIGA SUPER - Keputusan Perlawanan 04-07-2009

Kuala Muda 0 - 4 Kedah
UPB My Team 1 - 4 Selangor FC
Kuala Lumpur Plus 5 - 2 Negeri Sembilan
Perlis 1 - 0 Johor FC
Kelantan FC 3 - 2 Pahang
PDRM 0 - 2 Pulau Pinang
Terengganu 1 - 1 Perak

LIGA PERDANA - Keputusan Perlawanan 03-07-2009

Sabah 1 - 0 Melaka FC
Kuala Lumpur 0 - 1 PBDKT T-Team FC
Sarawak 0 - 2 Selangor PKNS
Sinar Dimaja Mai Sarah 2 - 1 Shahzan Muda
Harimau Muda 1 - 0 Felda United
Johor Pasir Gudang 2 - 0 ATM

Thursday, July 2, 2009

LIGA SUPER - Jadual Perlawanan 04-07-2009

Kuala Muda - Kedah
UPB My Team - Selangor FC
Kuala Lumpur Plus - Negeri Sembilan
Perlis - Johor FC
Kelantan FC - Pahang
PDRM - Pulau Pinang
Terengganu - Perak

LIGA PERDANA - Jadual Perlawanan 03-07-2009

Sabah - Melaka FC
Kuala Lumpur - PBDKT T-Team FC
Sarawak - Selangor PKNS
Sinar Dimaja Mai Sarah - Shahzan Muda
Harimau Muda - Felda United
Johor Pasir Gudang - ATM

LIGA SUPER - Kedudukan Semasa

LIGA PERDANA - Kedudukan Semasa

BERITA - Kelab Indonesia sertai Piala Selangor 2009

SELEPAS Piala Sultan Selangor dilihat berjaya di segi penganjuran, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) kini merancang untuk mewujudkan satu lagi pertandingan serupa dan kali ini ia membabitkan pasukan dari Indonesia.

Jika tiada aral serta semua perancangan berjalan lancar, kejohanan yang dinamakan Piala Selangor 2009 dan diilhamkan Presiden FAS, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu akan berlangsung pada 31 Julai di Stadium Shah Alam.

Pasukan negara jiran yang sudah dipilih untuk menyertai kejohanan itu ialah Persib Bandung yang menamatkan saingan musim lalu di tangga ketiga Liga Sepak Bola Indonesia.

Setiausaha Agung FAS yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Piala Selangor 2009, Hamidin Mohd Amin berkata, perlawanan itu boleh dianggap sebagai persiapan Selangor untuk menghadapi Piala Malaysia dalam masa terdekat ini.

“Selain itu, ia juga boleh dianggap sebagai penghormatan dan penghargaan kami kepada semua pemain skuad Selangor. Kami di FAS yakin perlawanan yang menawarkan hadiah wang tunai itu dapat menarik minat penonton,” katanya.

Penganjur juga mula membayangkan pertandingan antara Selangor dan Persib Bandung itu mungkin dijadikan acara tahunan dan dilangsungkan secara timbal balik.

“Banyak faktor mengapa kita memilih kelab dari Indonesia untuk pertandingan ini. Antaranya ialah kerana perlawanan itu akan dapat menarik ramai penonton kerana Selangor mempunyai jumlah pekerja warga Indonesia yang besar dan kita juga pernah menggunakan khidmat pemain import dari Indonesia,” katanya.

BERITA - Kewangan Perak kini makin tenat

PETANDA betapa parahnya situasi kewangan yang membelenggu kancah Liga Malaysia kian ketara apabila Perak pula menjadi pasukan terbaru menghantar isyarat 'SOS' kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Seri Nizar Jamaluddin hadir ke Wisma FAM dan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.

Namun, tidak seperti dua pasukan sebelum ini - Perlis dan UPB-MyTeam - yang mengancam mahu menarik diri daripada saingan Piala Malaysia, musim ini, Perak tidak berdepan masalah untuk menamatkan saingan musim ini.

Nada bimbang Pafa lebih terarah kepada belanjawan musim depan dan juga belenggu bayaran tertunggak gaji pemain serta jurulatih musim lalu, Steve Darby yang setakat ini masih belum dilunaskan.

"Ya, saya berjumpa dengan Nizar pagi tadi (semalam) dan dia menyuarakan kebimbangan berhubung kewangan Pafa untuk menghadapi saingan Liga-M, musim depan, serta ingin mendapatkan apa saja bantuan kewangan yang boleh diberi FAM.

"Saya minta Nizar menghantar surat berhubung perkara ini dan ia akan disampaikan sendiri kepada Presiden FAM (Sultan Ahmad Shah).

"Memang sudah terdapat beberapa pasukan lain yang turut memohon bantuan FAM, tetapi sukar jika mereka hanya bergantung kepada FAM dan setiap negeri dan kelab juga perlu meningkatkan usaha memperbaiki keadaan kewangan mereka," kata Azzuddin yang ditemui pada majlis pelancaran Piala Selangor di Shah Alam bagi perlawanan menentang kelab Indonesia, Persib Bandung pada 31 Julai ini.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir minta Nizar melepaskan jawatan Presiden Pafa untuk membuka laluan kepada individu lain menerajui persatuan berkenaan.

Zambry berkata kedudukan kewangan persatuan kini tenat dan wajar seorang pemimpin yang mampu menangani masalah berkenaan dibenarkan menerajui persatuan itu.

Kredit kepada: Mohd Fadzrie Hazis

BERITA - Kelantan salahkan padang

PADANG di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, cuma sesuai dijadikan padang ragut lembu dan bukannya pentas perlawanan bola sepak Liga Super.

Demikian pandangan jurulatih Kelantan, Peter Butler, yang kecewa dengan keadaan padang yang menurutnya, tidak rata dan mempunyai tompokan tidak berumput.

Selepas menyaksikan pasukan kendaliannya tewas 0-2 di tangan Terengganu, jurulatih Inggeris itu berkata, padang di stadium itu tidak sepatutnya digunakan untuk perlawanan bola sepak.

“Ia lebih sesuai digunakan sebagai padang ragut untuk lembu dan bukannya tempat pemain profesional berlari dan menunjukkan kebolehan dan kemahiran mereka.

“Saya belum pernah melihat keadaan padang seburuk ini sejak berada di negara ini dan sepatutnya tidak dijadikan medan perlawanan bola sepak,” katanya apabila ditemui selepas perlawanan.

Kata Butler lagi, beliau berani bersemuka dengan sesiapa saja yang berpendapat padang stadium itu layak diluluskan sebagai memenuhi syarat pertandingan.

“Keadaan padang menyukarkan pemain Kelantan untuk mempamerkan permainan biasa dan ia seperti pasukan Arsenal cuba bermain bola sepak dengan Stoke City di atas padang kampung.

“Jika itu tidak cukup sukar, beberapa keputusan pengadil juga meragukan, terutama sekali apabila penyerang Indra Putra Mahayuddin dilayangkan kad merah pada minit ke-79,” katanya.

Butler berkata, rayuan akan dibuat ke atas kad merah yang diterima Indra kerana dia tidak menyentuh pemain tengah Terengganu, Tengku Hazman Raja Hassan, yang tiba-tiba jatuh sambil meraung kesakitan.

“Sepatutnya, perlawanan di antara Terengganu dan Kelantan diadakan di padang lain walaupun pihak tuan rumah tidak mempunyai banyak pilihan selepas bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh.

“Kami juga tidak mempunyai pilihan sebelum ini apabila FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) melarang penggunaan Stadium Sultan Mohamad (IV) dan kami terpaksa akur dengan arahan untuk bermain permainan tempat sendiri di Stadium Nasional Bukit Jalil,” katanya.

Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh, apabila ditemui selepas perlawanan, berkata sudah menjadi adat pasukan yang kalah akan mencari pelbagai alasan untuk menyedapkan hati mereka.

“Pasukan lain juga bermain di padang yang sama, namun kita tidak mendengar komen negatif seperti itu.

Kredit kepada: Zainuddin Muhammad

Wednesday, July 1, 2009

BERITA - MyTeam perlu fikir niat tarik diri

ADA 'bahaya' menanti UPB-MyTeam yang sekali gus memaksa pengurusan kelab itu untuk kembali memikirkan niat menarik diri daripada kancah saingan Piala Malaysia ekoran beban kewangan kini dihadapi.

Ianya gara-gara peraturan pertandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bukan hanya bakal menggantung kelab itu selama tiga tahun, tetapi turut melarang pembabitan jurulatih dan pegawainya untuk tempoh sama.

Semua itu tertera dalam penjelasan ketika pengurusan kelab itu mengadakan pertemuan dengan wakil Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, kelmarin.

“Pertemuan itu bertujuan menerangkan kepada pengurusan MyTeam mengenai kesan tindakan mereka mahu menarik diri itu, seperti digariskan dalam peraturan pertandingan.

“Pengurusan kelab itu juga diberikan tempoh seminggu untuk memikirkan kembali permohonan mereka untuk menarik diri itu,” kata timbalan pengerusi jawatankuasa, Wan Nizam Wan Omar.

MyTeam diwakili pengurus pasukannya, Yaakob Husaini, dalam pertemuan itu yang turut dihadiri wakil Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) - anggota gabungan FAM yang menaungi kelab itu.

Ia bermakna, jika MyTeam meneruskan hasrat untuk menarik diri daripada Piala Malaysia - yang bakal dituruti pengunduran daripada Liga Super musim depan - semua pegawai termasuk presidennya, Khairy Jamaluddin, tidak akan dibenarkan terus terbabit dalam kancah bola sepak tempatan.

Reaksi balas daripada MyTeam itu kemudiannya akan dibincangkan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM pada mesyuarat dijadualkan, minggu depan.

Isu beban kewangan itu sebelumnya diakui Khairy yang tidak menolak kemungkinan bakal memaksa MyTeam menarik diri - biarpun itu adalah pilihan terakhir ketika ada usaha lain dicari buat menyelamatkan cabaran kelab berkenaan.

Kredit kepada: Ahmad Khawari Isa